AWB

AWB

Selasa, 8 Julai 2014

Salam perkenalan...

Assalamualaikum....

Pertama kali menulis blog memang agak kekok rasanya. Orang lain dah lama start dan dah macam2 cerita yang ditulis, tapi Liz agak lambat sikit.Sebagai permulaan mari Liz perkenalkan diri dulu. Liz lahir pada tahun 1977 dan telah berkahwin dengan seorang jejaka malaya yang hensem dan bergaya (siapa nak puji kalau bukan isteri sendiri kan....) Berasal dari Selangor, belum mempunyai cahaya mata lagi walapun telah 10 tahun kahwin. Allah belum beri rezeki lagi tapi alhamdulillah kami tetap bahagia.

Liz bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. Bagaimana oleh menceuri bidang membuat kek ye? ramai kawan2 lama tak sangka Liz pandai buat kek. Jangan kan kawan2, Liz sendiri pun tak sangka Liz pandai buat kek...hehehe...Itulah dinamaan bakat terpendam kan dan alhamdulillah bakat yg dipinjamkan oleh Allah ini Liz gunakan dengan membuka perniagaan di rumah dan dikenali sebagai Alice Wonderland Bakery (AWB). Alhamdulillah juga suami menyokong sepenuhnya. Bila buat kek ni kita rasa tenang dan relax, itu yg paling Liz suka... Nak tau kisah lanjut?..tungggguuuu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan